Kematian bapa, Messi tidak sertai Inter Miami

Pemain Inter Miami bergambar memakai lilitan lengan hitam sebagai penghormatan kepada Jorge Messi / AFP

MIAMI, 9 Ogos – Bintang bola sepak dunia, Lionel Messi tidak menyertai Inter Miami ketika pasukan itu tewas 1-2 kepada Monterrey dalam Piala Liga.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bapa Lionel Messi, Jorge Messi, meninggal dunia pada usia 68 tahun di Argentina.
  • Pemain Inter Miami memakai lilitan lengan hitam sebagai penghormatan sebelum perlawanan.
  • Inter Miami mengeluarkan kenyataan menyatakan hati mereka bersama Messi dan keluarganya.
  • Perlawanan menyaksikan gol De Paul (m-32), Cuypers (m-47) dan Rossi (m-90); Miami akan menentang Leon pada Khamis.

Ia berikutan kematian bapa pemain berkenaan.

Sebelum perlawanan bermula, pemain-pemain bertafakur selama seminit untuk Jorge Messi, yang meninggal dunia pada usia 68 tahun di Argentina.

“Hati kami bersama ketua pasukan, Leo dan seluruh keluarga Messi,” demikian menurut Inter Miami menerusi satu kenyataan.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nu,pemain tengah Argentina, Rodrigo De Paul, menjaringkan gol pada minit ke-32, sekali gus membolehkan Miami mendahului perlawanan 1-0 pada aksi separuh masa pertama.

Penyerang Belgium, Hugo Cuypers, menyamakan kedudukan pada minit ke-47 sebelum penyerang Uruguay, Diego Rossi, menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-90.

Miami, Juara Liga Bola Sepak Utama telah memenangi perlawanan pertama peringkat kumpulan, 4-2 ketika menentang Atletico San Luis dan seterusnya akan menentang Leon pada Khamis. AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.