Polis siasat pemilik bagasi ditinggalkan di ICQS Bukit Kayu Hitam

Foto RTM

Padang Terap, 8 Ogos – Polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenalpasti pemilik sebuah bagasi yang ditemukan di ruang pemeriksaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Kedah petang semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Imbasan mesin mengesan imej disyaki mengandungi dadah dan bahan letupan dalam bagasi.
  • Orang awam menemui bagasi dan memaklumkan anggota keselamatan; lokasi penemuan di luar jangkauan kamera CCTV.
  • Polis mengambil langkah mengikut SOP untuk keselamatan orang awam; dua warga asing maut ditembak semasa operasi diserahkan kepada JSJ.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, tindakan tersebut diambil selepas hasil imbasan mesin pengimbas, mengesan imej yang disyaki mengandungi dadah serta bahan letupan di dalam bagasi berkenaan

Menurutnya, kewujudan bagasi itu disedari orang awam pagi semalam sebelum memaklumkan kepada anggota keselamatan kompleks berkenaan.

“Kita akan kenalpasti siapa pemilik beg tu untuk kita mengetahui sebab ia ditinggalkan di situ. kita juga tidak menerima sebarang ugutan atau panggilan bom. Bagaimanapun, apabila sebuah bagasi ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan, kita perlu mengambil tindakan.

Polis masih lagi dalam proses siasatan memandangkan maklumat dan semakan awal lokasi bagasi itu ditinggalkan di luar jangkauan kamera litar tertutup (CCTV).” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taman Angkat Amanita Kontinjen Kedah di Kuala Nerang, Padang Terap, disini.

Jelas Datuk Adzli, pihaknya turut mengambil langkah sewajarnya mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan orang awam.

Dalam perkembangan lain, Datuk Adzli turut mengesahkan mengenai kejadian melibatkan insiden dua warga asing maut ditembak sepasukan polis yang sedang melakukan operasi menyelamat dua mangsa culik di Taman Amira, Alor Setar, malam tadi,

Katanya kes berkenaan diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.