
SAO PAULO, 8 Ogos – Aktiviti Penebangan kawasan hutan hujan Amazon di Brazil merosot ke paras terendah dalam tempoh sedekad selepas mencatatkan penurunan hampir 37 peratus bagi tempoh Ogos 2025 hingga Julai 2026.
- Data Institut Kebangsaan bagi Penyelidikan Angkasa Lepas menunjukkan kemusnahan turun kepada 2,874 kilometer persegi berbanding tempoh sebelumnya.
- Turun berterusan itu adalah rekod terbaharu sejak pemantauan satelit bermula pada 2016.
- Presiden Lula berikrar menamatkan penebangan hutan haram menjelang 2030 dan mahu mengekalkan usaha serta sumber diperlukan.
- Pemerhati alam sekitar memuji pengurangan namun mengkritik sokongan Lula terhadap projek penerokaan minyak berskala besar.
Menurut data yang dikeluarkan Institut Kebangsaan bagi Penyelidikan Angkasa Lepas, kemusnahan hutan hujan tropika terbesar di dunia itu berkurangan kepada 2,874 kilometer persegi berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
Penurunan berterusan itu merupakakan rekod terbaharu sejak lembaga berkenaan mula memantau aktiviti berkenaan menerusi satelit pada 2016.
Presiden Brazil Lula, yang akan bertanding pada pemilihan semula Presiden pada bulan Oktober depan , telah berikrar untuk menamatkan aktiviti penebangan hutan haram menjelang 2030.
“Angka-angka menunjukkan bahawa, jika kita mengekalkan kadar semasa, dengan kesungguhan yang telah kita tunjukkan dan dengan menyediakan sumber yang diperlukan, kita boleh mencapai matlamat ini,” kata Lula pada pembentangan data baharu disini.
Semasa pentadbiran bekas presiden Jair Bolsonaro, pembersihan hutan Amazon melonjak mendadak sehingga mencatatkan kemuncak kerosakan seluas 12,500 kilometer persegi pada 2022.
Lula menegaskan bahawa kerajaan pimpinannya memandang serius isu perubahan iklim dan tidak menafikan ancaman fenomena alam sekitar melampau yang sedang melanda dunia.
Meskipun menunjukkan pencapaian memberangsangkan dalam mengurangkan penebangan hutan, pemerhati alam sekitar bagaimanapun tetap mengkritik sokongan Lula terhadap projek penerokaan minyak berskala besar di pesisir pantai Amazon.
Pada pilihan raya Presiden nanti, Lula dijangka bakal menerima tentangan daripada Flavio Bolsonaro yang merupakan anak kepada seteru utama, Jair Bolsonaro. – AFP