Peruntukan RM1 juta selenggara masjid, surau kem ATM Melaka

Datuk Seri Anwar Ibrahim

SUNGAI UDANG, 7 Ogos – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi kerja-kerja menyelenggara 22 masjid dan surau di empat Kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Melaka.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri meluluskan peruntukan RM147,000 untuk Badan Amal dan Kebajikan Tentera (BAKAT) Melaka.
  • Peruntukan diumumkan bagi masjid dan surau di Kem Terendak, Kem Sungai Udang, Masjid Tanah dan Kem Bukit Beruang.
  • Tujuan penambahbaikan dan penyelenggaraan ialah menyediakan kemudahan lebih selesa serta memperkukuh kebajikan dan pembangunan keluarga warga tentera.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyelenggaraan membabitkan Kem Terendak, Kem Sungai Udang , Kem Masjid Tanah dan Kem
Wataniah Bukit Beruang itu bertujuan untuk menyediakan kemudahan yang lebih selesa.

“Kita telah meluluskan peruntukan sebanyak RM147,000 untuk Badan Amal dan Kebajikan Tentera (BAKAT) Melaka. Selain itu, saya ingin mengumumkan peruntukan kepada masjid dan surau di Kem Terendak, Kem Sungai Udang, Masjid Tanah serta Kem Bukit Beruang.

“Ia bagi tujuan kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan. Sementara menunggu kelulusan Belanjawan, saya turut meluluskan peruntukan awal sebanyak RM1 juta,” katanya.

Jumlah itu disalurkan kepada empat kem berkenaan bagi memperkukuh aktiviti kebajikan serta menyokong pembangunan keluarga warga Tentera Darat.

Perdana Menteri mengumumkan perkata itu semasa program Semarak Kemerdekaan di Kem Terendak, di sini hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.