GEAR-uP peruntuk, salur modal RM20.3 bilion dalam ekonomi domestik

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

PUTRAJAYA, 7 Ogos – Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) memperuntukkan serta menyalurkan modal berjumlah RM20.3 bilion ke dalam ekonomi domestik pada 2025.

RINGKASAN BERITA AI
  • Konsep rantaian pembiayaan menghubungkan modal permulaan hingga ekuiti persendirian dan penyenaraian, memastikan sokongan berterusan untuk syarikat berkembang.
  • Inisiatif melibatkan enam GLIC utama: KWSP, PNB, KWAP, Khazanah, Tabung Haji dan LTAT, memperkukuh kapasiti pelaburan strategik.
  • Peruntukan mengutamakan teknologi termaju, semikonduktor, perusahaan bumiputera, perusahaan permulaan dan peralihan tenaga untuk mempercepatkan pertumbuhan.
  • Strategi 2024-2028 fokus pelaburan domestik dan awam besar serta mengangkat syarikat tempatan daripada Made in Malaysia kepada Made by Malaysia.

Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, jumlah itu meningkat tiga kali ganda berbanding RM6.6 bilion pada 2024, bagi menyokong lebih 60 syarikat berpertumbuhan tinggi sepanjang tahun lalu.

GEAR-uP dilancarkan pada 2024 melibatkan enam GLIC iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Malaysia Bhd (PNB), Kumpulan Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Khazanah Nasional Bhd, Lembaga Tabung Haji (TH) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

“Konsep rantaian pembiayaan ini adalah untuk memastikan setiap peringkat dapat dihubungkan dengan lebih baik. Apabila sesebuah syarikat bermula dengan modal permulaan dan semakin berkembang, sokongan akan diteruskan ke peringkat modal teroka.

“Sekiranya syarikat menjadi lebih besar, kita usahakan pula kemasukan ekuiti persendirian, dan akhirnya apabila bersedia untuk disenaraikan, GLIC boleh memainkan peranan sebagai pelabur utama dalam penyenaraian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Taklimat Media dan Pelancaran Laporan Tahunan Kemajuan GEAR-uP 2026 di sini, hari ini.

Mengikut bidang tumpuan, sebanyak RM3.2 bilion disediakan bagi sektor teknologi termaju dan semikonduktor, manakala RM1.3 bilion diperuntukkan untuk memperkasa perusahaan bumiputera.

Sebanyak RM588 juta pula disalurkan kepada ekosistem modal teroka dan syarikat pemula, manakala RM270 juta bagi peralihan tenaga serta RM1.8 bilion untuk meningkatkan skala syarikat pertengahan.

Bagi tempoh 2024 hingga 2028, GLIC memperuntukkan RM120 bilion bagi pelaburan langsung domestik dalam pasaran persendirian, di samping RM440 bilion pelaburan dalam pasaran awam.

Strategi itu turut memberi tumpuan kepada usaha melonjakkan syarikat tempatan dalam rantaian nilai daripada ‘Made in Malaysia’ kepada ‘Made by Malaysia’, selain mewujudkan kesinambungan modal daripada peringkat permulaan, pengembangan sehingga penyenaraian awam.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.