TRIPs intervensi akademik terancang dan menyeluruh untuk calon SPM di Perlis

Setiap modul mempunyai struktur kandungan dengan pendekatan yang praktikal bersesuaian dengan tahap keupayaan pelajar

KANGAR, 5 Ogos – Pelaksanaan Program Transformasi Intelek Pelajar Perlis (TRIPs) oleh Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis merupakan intervensi akademik yang terancang dan menyeluruh yang memberi tumpuan pengukuhan penguasaan pelajar-pelajar dalam subjek-subjek teras.

RINGKASAN BERITA AI
  • Membolehkan guru melaksanakan pengajaran lebih sistematik dan berfokus untuk meningkatkan prestasi pelajar SPM secara konsisten.
  • Modul mempunyai struktur jelas, standard seragam, pendekatan praktikal dan aktiviti sesuai tahap keupayaan pelajar.
  • Pelaksanaan TRIPs menyelaraskan kandungan serta menjadi platform hala tuju bagi semua pihak terlibat.
  • FCoEE memantau penggunaan modul dan buku kerja; hasil pemantauan dijadikan asas penambahbaikan berterusan.

Pengerusi Eksekutif FCoEE, Profesor Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin memberitahu pelaksanaan TRIPs membolehkan guru-guru menyediakan pembelajaran yang lebih sistematik, tersusun dan berfokus agar para pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berupaya meningkatkan prestasi masing-masing secara konsisten.

“Setiap modul yang dibangunkan mempunyai struktur kandungan yang jelas, standard yang seragam, pendekatan yang praktikal serta aktiviti yang bersesuaian dengan tahap keupayaan pelajar.

“Selain penyelarasan kandungan, pelaksanaan TRIPs juga menjadi platform hala tuju semua pihak yang terlibat memberi pemahaman dengan kaedah paling berkesan,”katanya pada Majlis Perasmian Program Transformasi Intelek Pelajar Perlis (TRIPs).

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan program I-TRIPs bukan merupakan aktiviti dalam takwim semata-mata tetapi menjadi intervensi yang memberi kesan kepada pencapaian dan masa depan pelajar.

“FCoEE terus komited untuk terus melaksanakan pemantauan kepada penggunaan modul dan buku kerja yang dihasilkan melalui bengkel ini.

“Hasil pemantauan akan dijadikan asas bagi penambahbaikan berterusan supaya bahan yang digunakan sentiasa relevan dan responsif dengan keperluan semasa pelajar,”jelasnya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.