Beri ruang gandingan baharu negara buktikan keserasian

Penyokong perlu terus memberi sokongan dan jangan terlalu cepat membuat penilaian

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Rombakan beregu badminton lelaki Malaysia yang dilaksana Ketua Jurulatih Beregu Lelaki, Herry Iman Pierngadi perlu dilihat secara positif yang tidak wajar dinilai terlalu awal.

RINGKASAN BERITA AI
  • Gandingan baharu menunjukkan potensi; individu seperti Aaron Tai dan Aaron Chia berada pada tahap tinggi, tetapi perlukan masa untuk bina keserasian.
  • Penyokong diminta terus memberi sokongan dan elak membuat penilaian terlalu awal.
  • Pengalaman Kian Meng di England serta kem di ABM bantu perolehi pendekatan latihan lebih sistematik.

Ketika menyuarakan pandangan itu, bekas pemain beregu campuran negara, Tan Kian Meng berpendapat gandingan baharu berkenaan telah berada pada tahap tertinggi secara individu seperti Aaron Tai dan Aaron Chia, namun memerlukan tempoh untuk membina keserasian.

“Saya melihat keputusan itu secara positif. Secara individu, mereka telah berada pada tahap tertinggi dan kombinasi itu memerlukan masa untuk membina keserasian.

“Dalam masa sama, penyokong perlu terus memberi sokongan dan jangan terlalu cepat membuat penilaian,”katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Kian Meng yang kini berkhidmat sebagai jurulatih utama beregu Badminton England membawa beberapa pemain muda England menjalani kem latihan di ABM sebagai memberi pendedahan suasana latihan di Malaysia.

Menurut beliau, pengalaman itu turut memberi peluang kepadanya mempelajari pendekatan latihan yang lebih sistematik di England.

Kian Meng sebelum ini bergandingan dengan Lai Pei Jing dalam acara beregu campuran telah memenangi beberapa gelaran Jelajah Dunia BWF sebelum bersara sebagai pemain profesional pada 2025.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.