Kerajaan pastikan pertumbuhan ekonomi diterjemah kepada kenaikan gaji rakyat

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Kerajaan komited dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada kenaikan gaji rakyat, bukan sekadar peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

RINGKASAN BERITA AI
  • Target CE 40% daripada KDNK menjelang 2030 dan sasaran upah penengah RM3,500 sebulan.
  • Penilaian menyeluruh mengambil kira ketersediaan permintaan serta pelaksanaan dasar dan pembangunan diperlukan.
  • Inisiatif termasuk pembangunan HGHV, dasar gaji minimum, JS-SEZ dan KIGIP untuk mewujudkan pekerjaan bergaji tinggi.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata selain menyasarkan bahagian pampasan pekerja (CE) sebanyak 40 peratus daripada KDNK menjelang 2030, kerajaan turut memberi tumpuan meningkatkan gaji dan upah penengah kepada RM3,500 sebulan.

“Perkara ini menjadi satu lagi indikator supaya penilaian dibuat secara lebih menyeluruh. Justeru, usaha ini mengambil kira ketersediaan dari segi permintaan yang perlu kita hasilkan.

“Satu lagi usaha kerajaan mutakhir ini, bukan sekadar melalui dasar tetapi juga pelaksanaan atau pembangunan yang diperlukan,” katanya.

Tambah beliau, usaha tersebut akan dipacu menerusi pembangunan industri pertumbuhan dan nilai tinggi (HGHV), pelaksanaan dasar gaji
minimum serta projek strategik seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) bagi mewujudkan lebih banyak pekerjaan bergaji tinggi.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh Senator Abun Sui Anyit mengenai langkah kerajaan meningkatkan gaji rakyat selaras dengan pertumbuhan ekonomi di Dewan Negara
hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.