Insiden tembakan di sebuah restoran di Idaho ragut nyawa, suspek turut maut

Foto Reuters

LOS ANGELES, 2 Ogos – Seorang lelaki melepaskan tembakan di sebuah restoran makanan segera di negeri Idaho, Amerika Syarikat mengorbankan sejumlah mangsa yang belum dapat dipastikan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Polis mengesahkan suspek turut maut semasa insiden tembakan.
  • Jurucakap berkata tiga terbunuh dan dua cedera, belum pasti sama ada suspek termasuk dalam angka tersebut.
  • Rakaman menunjukkan seorang lelaki muda memegang senapang panjang, pelanggan bertempiaran melarikan diri dari restoran In-N-Out.

Polis mengesahkan suspek juga maut dalam kejadian itu.

“Insiden tembakan di restoran In-N-Out Burger menyebabkan kematian, namun pihak berkuasa masih berusaha mengesahkan jumlah sebenar mangsa.

“Keadaan di lokasi kejadian sangat huru-hara, ” kata Ketua Polis Twin Falls, Matthew Hicks kepada pemberita.

Sementara itu, jurucakap bandar Twin Falls, Josh Palmer memberitahu NBC News, tiga orang terbunuh manakala dua lagi cedera, namun masih belum dapat dipastikan sama ada suspek termasuk dalam jumlah korban itu.

Rakaman video yang disiarkan media tempatan memaparkan seorang lelaki dipercayai masih muda memegang senapang panjang di luar restoran In-N-Out Burger.

Video lain yang tular dalam media sosial pula menunjukkan ramai pelanggan bertempiaran melarikan diri dari restoran terbabit.

Twin Falls ialah sebuah bandar di selatan Idaho yang mempunyai kira-kira 56,000 penduduk, terletak sekitar 290 kilometer di barat laut Salt Lake City. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.