19 motosikal disita dalam Operasi Khas Bersepadu (Samseng Jalanan)

19 motosikal turut disita

JOHOR BAHRU, 1 Ogos – 231 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor terhadap penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan yang dikesan dalam Operasi Khas Bersepadu (Samseng Jalanan).

RINGKASAN BERITA AI
  • 19 motosikal disita dalam operasi di Jalan Taman Kota Masai.
  • Kesalahan biasa: tidak memakai topi keledar, tiada lesen memandu dan tiada perlindungan insurans.
  • Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh dan ubahsuai kenderaan tidak dibenarkan dikesan.
  • Tindakan diambil mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kenyataan JPJ Johor turut memaklumkan 19 motosikal turut disita dalam operasi yang dijalankan di Jalan Taman Kota Masai, di sini semalam.

Tidak memakai topi keledar, tiada lesen memandu serta perlindungan insurans selain Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan ubahsuai kenderaan yang tidak dibenarkan, antara kesalahan biasa yang dikesan setiap kali operasi dijalankan.

Tindakan diambil mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.