Bantuan susulan diselaras ikut keperluan penerima Ziarah Kasih

Datuk Azman Abidin ditemui pemberita pada Program Ziarah Kasih DUN Kuala Linggi / Foto RTM

KUALA LINGGI, 23 September – Bantuan susulan akan diselaraskan mengikut keperluan mereka yang disantuni menerusi Program Ziarah Kasih.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pendekatan turun padang mengenal pasti keperluan penerima dengan lebih dekat.
  • Bantuan seperti kerusi roda dan sokongan lain akan diatur bagi penerima yang layak.
  • Datuk Azman Abidin ditemui pemberita pada Program Ziarah Kasih di DUN Kuala Linggi.
  • Tujuh penerima disantuni termasuk ibu tunggal yang cedera; sumbangan meringankan beban dan keperluan keluarga.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin berkata, pendekatan turun padang menerusi program itu membolehkan keperluan sebenar setiap penerima dikenal pasti dengan lebih mudah dan cepat.

“Kalau mereka memerlukan bantuan kerusi roda atau sebagainya, bantuan lain dan sokongan, kita akan aturkan dan uruskan bagi mereka yang layak menerima,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Program Ziarah Kasih di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Melaka.

Seramai tujuh penerima disantuni menerusi program berkenaan, termasuk ibu tunggal, Khadijah Mohd Sani yang tidak lagi mampu bekerja akibat kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Khadijah menyifatkan sumbangan yang diterima sedikit sebanyak membantu meringankan beban beliau dan anak-anak.

“Dapat membantu anak-anak, belanja cukup keperluan rumah bagi saya, Alhamdulillah,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.