Dron dari Iraq digagalkan: Arab Saudi lindungi infrastruktur minyak

Foto Reuters

ISTANBUL, 27 Julai – Arab Saudi memaklumkan pada Isnin bahawa pertahanan udaranya telah memintas dan memusnahkan beberapa dron yang dilancarkan dari wilayah Iraq dengan menyasarkan infrastruktur minyak di negara itu, lapor Anadolu Ajansi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Arab Saudi menegaskan hak untuk mempertahankan diri, wilayah dan infrastruktur kritikal serta berhak membalas pada masa dan tempat sesuai.
  • Setakat ini tiada komen dari pihak Iraq mengenai kenyataan Arab Saudi.
  • Insiden berlaku ketika ketegangan AS-Iran meningkat; Tehran hentikan operasi selepas AS menghentikan serangan dan Presiden AS menggantung serangan susulan.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan dron berkenaan ditembak jatuh sejak beberapa jam lepas sebelum sempat tiba di kemudahan petroleum di Wilayah Timur dan kawasan Riyadh.

Cubaan serangan itu berasal dari wilayah Iraq dan dilakukan oleh “kumpulan pengganas dipercayai disokong Iran,” katanya.

“Arab Saudi mempertahankan hak sahnya untuk mempertahankan diri, wilayah serta infrastruktur kritikalnya, dan berhak untuk membalas pada masa dan tempat yang sesuai,” menurut kementerian itu.

Setakat ini belum ada sebarang ulasan daripada pihak Iraq berhubung kenyataan Arab Saudi itu.

Insiden berkenaan berlaku di sebalik serangan ketenteraan secara langsung antara AS dan Iran yang mereda seketika.

Pada Ahad, jurucakap tentera Iran berkata Tehran menghentikan operasi ketenteraannya selepas AS menghentikan serangan terhadap Iran sejak dua hari lepas.

Menurut Axios, Presiden AS Donald Trump memerintahkan pihak tentera menggantung serangan susulan ke atas Iran selepas hampir dua minggu melancarkan serangan harian.

Ketegangan antara AS dan Iran makin meningkat dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dengan Washington melancarkan serangan ke atas Iran manakala Tehran membalas dengan menyasarkan kawasan yang disifatkannya sebagai kemudahan dan peralatan tentera AS di negara-negara sekitar rantau berkenaan.- BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.