Banjir Melaka: 37 keluarga masih terjejas

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 26 Julai Jumlah penduduk terjejas banjir di Melaka meningkat kepada 124 orang daripada 37 keluarga setakat pukul 8.00 pagi ini berbanding 123 orang daripada 36 keluarga, malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penduduk terjejas ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara di daerah Melaka Tengah dan Jasin.
  • 55 orang di Dewan Japerun Pantai Kundor, 44 orang di SK Serkam Darat, 25 orang di SK Bukit Tembakau.
  • Komposisi mangsa: 88 dewasa, 34 kanak-kanak dan dua bayi.

Menerusi portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua penduduk terjejas ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Melaka Tengah dan Jasin.

“Seramai 55 orang daripada 17 keluarga di daerah Melaka Tengah ditempatkan di PPS Dewan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Pantai Kundor.

“Di daerah Jasin pula, seramai 44 orang daripada 12 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Serkam Darat manakala 25 orang daripada lapan keluarga ditempatkan di SK Bukit Tembakau,” menurut kenyataan itu.

Menurut portal itu, penduduk terjejas banjir terdiri daripada 88 dewasa, kanak-kanak (34 orang) dan bayi (dua orang).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.