Pindaan Akta 530: RUU berkaitan dijangka dibentang sebelum akhir tahun ini

Foto Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR , 25 Julai – Rang Undang-Undang (RUU) bagi pindaan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 (Akta 530) untuk membolehkan pembinaan lebih daripada satu unit rumah di atas satu lot kediaman milik peneroka FELDA akan dibentangkan di Parlimen sebelum akhir tahun ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • RUU itu dijangka menyelesaikan masalah perundangan lama yang dihadapi warga peneroka FELDA.
  • Draf awal telah disediakan dan akan dihantar kepada Lembaga Pengarah sebelum proses kelulusan Jemaah Menteri disegerakan.
  • Jika FELDA, Kerajaan Persekutuan dan pengurusan FELDA bersetuju serta tiada bantahan negeri, beberapa program boleh dilaksanakan sebelum akta diluluskan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dengan kelulusan RUU itu nanti, masalah yang sudah lama membelenggu warga peneroka itu dapat diselesaikan sebaiknya terutama sekali dari sudut perundangan.

“Memang ia mengambil sedikit masa. Saya masih menunggu draf tersebut. Draf awal telah disediakan dan akan dihantar kepada Lembaga Pengarah. Selepas mendapat kelulusan Lembaga Pengarah, saya akan menyegerakan proses untuk mendapatkan kelulusan Jemaah Menteri sebelum membentangkannya di Parlimen. Saya juga telah mengarahkan supaya rang undang-undang itu dapat dibentangkan sebelum akhir tahun ini.

“Tetapi soal akta itu bukanlah masalah. Jika FELDA, Kerajaan Persekutuan dan pengurusan FELDA bersetuju, serta tiada bantahan daripada kerajaan negeri, beberapa program boleh dilaksanakan terlebih dahulu walaupun akta berkenaan masih belum diluluskan,” katanya.

Beliau berucap pada Program Santai Perantau sempena 70 Tahun FELDA di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.