Trump ancam kenakan tarif ke atas EU susulan denda terhadap syarikat teknologi AS

Foto FAIL

WASHINGTON, 25 Julai – Presiden Donald Trump pada Jumaat mengancam untuk mengenakan tarif ke atas Kesatuan Eropah (EU) selepas menuduh blok itu menyasarkan syarikat teknologi utama Amerika Syarikat (AS) secara tidak adil menerusi denda bernilai berbilion dolar.

RINGKASAN BERITA AI
  • Trump merujuk penalti EU terhadap Apple, Meta, Amazon dan Google.
  • Beliau mengugut EU akan menerima padah besar atas tindakan yang dikatakan menyalahi undang-undang dan tidak beretika.
  • Pentadbiran akan memulakan siasatan mengikut Seksyen 301 terhadap tindakan yang dianggap 'merompak' syarikat AS dan pembayar cukai.
  • Penalti EU akan dibatalkan sepenuhnya dan tarif tinggi dijangka dikenakan secepat mungkin berdasarkan hasil siasatan Seksyen 301.

Dalam hantaran di Truth Social, Trump merujuk penalti yang dikenakan terhadap Apple, Meta, Amazon dan Google.

“Kesatuan Eropah akan menerima padah yang amat besar atas tindakan yang menyalahi undang-undang dan sangat tidak beretika ini,” tulis Trump.

Trump berkata pentadbirannya akan segera memulakan siasatan mengikut Seksyen 301 terhadap tindakan EU yang disifatkannya sebagai “merompak” syarikat AS dan pembayar cukai negara itu.

Beliau turut berkata penalti yang dikenakan EU “akan dibatalkan sepenuhnya” dan pentadbirannya dijangka mengenakan tarif yang tinggi ke atas blok berkenaan secepat mungkin.

Seksyen 301 Akta Perdagangan AS 1974 memberi kuasa kepada Wakil Perdagangan AS untuk menyiasat amalan perdagangan asing yang dianggap tidak adil atau bersifat diskriminasi dan jika berasas, mengesyorkan tindakan balas termasuk pelaksanaan tarif.-BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.