Pasaran getah ditutup bercampur susulan niaga hadapan serantau lemah, harga minyak turun

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 11 Sept – Pasaran getah ditutup bercampur pada Jumaat, menjejaki prestasi lebih lemah niaga hadapan getah serantau serta penurunan harga minyak mentah.

Seorang peniaga berkata sentimen pasaran turut terjejas oleh jangkaan dasar monetari Amerika Syarikat (AS) yang lebih ketat susulan tekanan inflasi yang berterusan serta prestasi pasaran global yang lebih lemah.

“Bagaimanapun, penurunan itu sedikit terhad berikutan prospek pertumbuhan ekonomi global yang kekal berdaya tahan, pertumbuhan berterusan permintaan global terhadap kenderaan elektrik serta jangkaan harga minyak kekal melebihi US$100 setong susulan kebimbangan terhadap bekalan di Asia Barat yang berterusan,” katanya kepada Bernama.

Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 susut 12.5 sen kepada 998.5 sen sekilogram (kg), manakala lateks pukal meningkat dua sen kepada 712.5 sen sekilogram. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.