Lima individu hilang selepas pelantar minyak tenggelam di Gabon

Foto hiasan/AFP

PARIS, 25 OKTOBER –Operasi mencari dan menyelamat lima individu yang hilang sedang giat dijalankan selepas sebuah pelantar minyak tenggelam di perairan Gabon, pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelantar Prospector 5 mengalami kerosakan struktur serius yang menyebabkan ketidakstabilan.
  • Pelantar menyokong operasi penggerudian syarikat Norway BW Energy di Gabon, Brazil dan Namibia.
  • Borr Drilling beri keutamaan kepada operasi mencari dan menyelamat serta kebajikan individu, kata CEO Bruno Morand.

Syarikat pengendali pelantar berkenaan, Borr Drilling, dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian berlaku selepas pelantar Prospector 5 mengalami kerosakan struktur serius sehingga menyebabkan ketidakstabilan sebelum tenggelam.

Ketika kejadian, seramai 115 individu berada di atas pelantar itu, dengan 110 daripadanya berjaya dikenal pasti selamat, manakala lima lagi masih belum ditemukan.

Pelantar Prospector 5 digunakan bagi menyokong operasi penggerudian minyak oleh syarikat Norway, BW Energy, yang menjalankan kegiatan minyak dan gas di Gabon, Brazil serta Namibia.

Ketua Pegawai Eksekutif Borr Drilling, Bruno Morand, berkata keutamaan syarikat ketika ini adalah membantu operasi mencari dan menyelamat serta memastikan kebajikan semua individu yang terlibat. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.