Hujan berterusan, 9 kawasan Langkawi dinaiki air

Sembilan kawasan di Langkawi dinaiki air susulan hujan berterusan

LANGKAWI, 25 Oktober – Sembilan kawasan di Langkawi dinaiki air susulan hujan berlarutan sejak Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tiada PPS dibuka atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
  • Paras air banjir kilat di kawasan terjejas mencecah 0.4 meter.
  • Kawasan terjejas termasuk Pasar Awam Padang Matsirat, Tanjung Rhu, Telaga Ayer Hangat dan Kampung Bohor.
  • Pegawai Pertahanan Awam berkata pihaknya membuat rondaan di lokasi terjejas dari semasa ke semasa.

Bagaimanapun tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Mejar (PA) Khairul Afzan Md Yasin berkata, paras air banjir kilat di kawasan terjejas mencecah 0.4 meter.

Antara kawasan yang dinaiki air Simpang Kampung Kenyum, Mukim Ulu Melaka, ⁠Pasar Awam, Padang Matsirat, Kampung Tua Jalan Tanjung Rhu, Mukim Ayer Hangat dan ⁠Kampung Bohor, Mukim Bohor.

Kawasan lain yang turut dinaiki air ialah ⁠Telaga Ayer Hangat, Mukim Ayer Hangat, ⁠Kampung Atas, Mukim Padang Matsirat, Kampung Bohor Berendam, Mukim
Bohor, Kampung Bohor Masjid, Mukim Kedawang dan ⁠Kampung Lubok Setoi.

Pihaknya sentiasa membuat rondaan di lokasi terjejas dari semasa ke semasa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.