Barcelona ikat Abdelkarim hingga 2030

Foto FB FC Barcelona

BARCELONA, 11 September – Penyerang muda Mesir, Hamza Abdelkarim dijadual menandatangani kontrak baharu bersama Barcelona minggu depan, yang bakal menyaksikan dia kekal bersama kelab gergasi Sepanyol itu sehingga tahun 2030, menurut kelab berkenaan pada Jumaat.

Pemain berusia 18 tahun itu menyertai Barca secara pinjaman daripada kelab gergasi Mesir, Al Ahly pada Februari, sebelum perpindahan itu dimuktamadkan secara kekal pada musim panas selepas dia beraksi dalam kejohanan Piala Dunia.

Abdelkarim mencipta sejarah sebagai pemain paling muda mewakili Mesir di pentas Piala Dunia apabila diturunkan dalam empat daripada lima perlawanan melibatkan pasukan itu.

Dia turut menyerlah dalam aksi pramusim bersama kelab Catalan dengan menjaringkan empat gol dalam lima perlawanan, sebelum membuat penampilan kompetitif pertamanya bersama juara Sepanyol itu sebagai pemain gantian ketika kelab itu menewaskan Rayo Vallecano 5-2 dalam saingan La Liga, bulan lalu.

Menurut Barcelona, Abdelkarim dijadual menandatangani kontrak baharu pada Selasa. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.