BN cadang pegawai khas Orang Asli di Pejabat MB Negeri Sembilan

Foto BERNAMA

JELEBU, 24 Julai – Barisan Nasional (BN) melihat keperluan mewujudkan jawatan pegawai khas mewakili masyarakat Orang Asli di Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Memastikan keperluan masyarakat Orang Asli disalurkan terus kepada kerajaan negeri dan merapatkan hubungan dengan Pejabat Menteri Besar.
  • Cadangan jawatan boleh dilaksanakan secara pentadbiran, munasabah kerana sudah diwujudkan di Pahang dan Perak serta berjalan baik.
  • Cadangan dikemukakan jika BN diberi mandat PRN Negeri Sembilan dan pendekatan sama dicadangkan dipertimbang di Johor.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu bertujuan memastikan keperluan masyarakat berkenaan disalurkan terus kepada kerajaan negeri, sekali gus merapatkan hubungan dengan Pejabat Menteri Besar.

“Perkara itu boleh dilaksanakan secara pentadbiran dan merupakan permintaan mereka. Saya fikir permintaan itu munasabah kerana jawatan berkenaan telah diwujudkan di Pahang dan Perak.

“Kita lihat hubungan langsung antara kepimpinan Orang Asli dengan Pejabat Menteri Besar di kedua-dua negeri itu berjalan dengan baik,” katanya.

Beliau ditemui apda Program Ramah Mesra Bersama Masyarakat Orang Asli Negeri Sembilan di Kampung Tohor, di sini, hari ini.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata, jawatan itu dicadangkan sekiranya BN diberi mandat membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kali ini.

Beliau turut mencadangkan supaya pendekatan sama dipertimbangkan di Johor berikutan negeri itu mempunyai jumlah masyarakat Orang Asli yang ramai.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.