JPA perkukuh langkah intervensi awal tangani isu kesejahteraan psikologi

Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz

SEREMBAN, 23 Julai – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memperkukuh langkah intervensi awal bagi menangani isu kesejahteraan psikologi dalam kalangan penjawat awam menerusi kerjasama ketua jabatan dan pegawai psikologi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bahagian Psikologi JPA mengenal pasti kumpulan penjawat awam yang memerlukan perhatian dan intervensi untuk elakkan risiko lebih serius.
  • Ketua jabatan bekerjasama dengan pegawai psikologi untuk melaksanakan intervensi awal.
  • Negeri Sembilan melaksanakan program tindakan awal untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih serius.
  • Penekanan pada persekitaran kerja kondusif dan intervensi segera memastikan kesihatan mental stabil, mampu memberi perkhidmatan baik.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, langkah itu susulan dapatan satu kajian oleh Bahagian Psikologi JPA yang mengenal pasti kumpulan penjawat awam memerlukan perhatian serta intervensi bagi mengelakkan risiko lebih serius.

“Bagi menangani isu itu, kita telah memaklumkan perkara tersebut kepada ketua jabatan dan menjalinkan kerjasama dengan pegawai psikologi untuk melaksanakan intervensi. Langkah ini diambil supaya masalah berkenaan dapat dibendung lebih awal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Dialog Aspirasi Perkhidmatan Awam MADANI di Negeri Sembilan Siri 2 2026 di sini hari ini.

Negeri Sembilan juga telah melaksanakan program bagi menangani isu berkenaan dengan tindakan awal bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih serius.

JPA turut memberi penekanan kepada pembentukan persekitaran kerja kondusif dengan ketua jabatan memainkan peranan mewujudkan suasana organisasi yang lebih positif.

“Jadi apa yang paling penting adalah intervensi segera yang kita lakukan untuk memastikan pegawai-pegawai kita berada pada tahap kesihatan mental yang stabil dan boleh memberi perkhidmatan yang baik kepada orang,” katanya lagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.