PRAB fasa 3 Sabah capai kemajuan 44 peratus, siap Julai 2029

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 23 Julai– Sistem amaran awal banjir di Sabah terus diperkukuh menerusi pelaksanaan Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) Fasa 3 bernilai RM142 juta.

RINGKASAN BERITA AI
  • Projek mencapai kemajuan 44 peratus dan dijangka siap pada Julai 2029.
  • Jabatan Pengairan dan Saliran melaksanakan kerja jangka pendek, termasuk membaiki sungai untuk kelancaran aliran air.
  • Sistem amaran awal membantu mengurangkan risiko terhadap keselamatan serta harta penduduk sementara menunggu tebatan banjir berskala besar.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, projek berkenaan kini mencapai kemajuan sebanyak 44 peratus dan dijangka siap pada Julai 2029.

“Kita pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebenarnya ada melaksanakan projek-projek jangka pendek. Yang kita turunkan kepada negeri-negeri, untuk kita membuat proses kerja-kerja jangka pendek. Seperti membaiki sungai supaya kelancaran air-air tersebut, dan program yang dinyatakan oleh Yang Berhormat, iaitu program ramalan dan amaran banjir, ataupun PRAM, fasa 3 di Sabah.

“Kita telah laksanakan dengan kos RM142 juta. Dan program yang dinyatakan tersebut telah mencapai tahap ke-44%. Dan dijangka siap pada Julai 2029”, katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Anna Bell @ Suzieana Perian mengenai langkah interim dan status pemasangan sistem amaran awal banjir di kawasan berisiko tinggi di Sabah

Beliau berkata, sistem itu merupakan antara langkah jangka pendek bagi membantu mengurangkan risiko kepada keselamatan dan harta benda penduduk di kawasan berisiko tinggi sementara menunggu projek tebatan banjir berskala besar disiapkan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.