Cubaan rompak RM82,000 gagal, suspek larikan ‘pump gun’

Foto RTM

SHAH ALAM, 21 Julai – Tindakan pantas seorang pengawal keselamatan berjaya menggagalkan cubaan merompak wang tunai kira-kira RM82,000 dalam kejadian di sebuah bank di Bandar Bukit Tinggi, Klang, petang semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Polis giat mengumpul rakaman CCTV bank, premis berhampiran dan rakaman dashcam untuk membantu siasatan.
  • Mangsa mencampakkan beg berisi wang ke dalam van dan menutup pintu ketika didekati suspek.
  • Suspek merampas senjata jenis 'pump gun' milik pengawal keselamatan lalu melarikan diri menaiki motosikal.
  • Polis siasat kemungkinan orang dalam, kes di bawah Seksyen 392 dan 397, orang ramai diminta menyalurkan maklumat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 5.30 petang ketika mangsa sedang memindahkan wang ke dalam van keselamatan.

“Pihak polis kini giat mengumpul rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari bank serta premis berhampiran, termasuk rakaman dashcam kenderaan bagi membantu siasatan.

“Mangsa yang menyedari dirinya dihampiri seorang lelaki dipercayai bersenjata bertindak pantas mencampakkan beg berisi wang ke dalam van sebelum menutup pintu, sekali gus menggagalkan cubaan suspek,” katanya.

Bagaimanapun, suspek yang bertindak bersendirian sempat merampas senjata jenis ‘pump gun‘ milik pengawal keselamatan sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal.

Polis tidak menolak kemungkinan wujud penglibatan orang dalam dan siasatan sedang dijalankan dari pelbagai sudut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau rakaman kejadian diminta tampil membantu siasatan polis.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.