‘Pay Day Now’ perkenal akses gaji awal, sokong kesejahteraan kewangan pekerja

Pengurusan aliran tunai dengan lebih baik tanpa perlu menunggu sehingga tarikh pembayaran gaji

KUALA LUMPUR, 20 Julai Kemudahan Akses Gaji Diperoleh (EWA) mampu memperkukuh kebebasan kewangan pekerja, khususnya dalam mendepani perubahan corak keperluan kewangan semasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pay Day Now tawarkan kemudahan EWA untuk akses awal sebahagian gaji yang telah diperoleh.
  • Inisiatif AmBank dan Ramssol benarkan majikan beri akses sehingga 25 peratus gaji bulanan.
  • Fungsinya bantu urus keperluan aliran tunai jangka pendek dan kurangkan pergantungan pada pinjaman kos tinggi.
  • Dihadirkan kepada agensi awam, PKS, korporat dan syarikat tersenarai untuk perkukuh kesejahteraan pekerja.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim memaklumkan pendekatan itu memberi ruang kepada pekerja untuk mengurus aliran tunai dengan lebih baik tanpa perlu menunggu sehingga tarikh pembayaran gaji.

“Inisiatif berkenaan memastikan pekerja lebih bersedia menghadapi situasi kecemasan atau perkara tidak dijangka dengan memberi mereka akses kepada nilai gaji yang telah diperoleh.

“Walaupun wang itu telah menjadi hak mereka, ia masih tersimpan dalam akaun sehingga tiba hari pembayaran gaji dan dengan membuka akses seperti itu, kita dapat meningkatkan kebebasan kewangan dan memberi lebih banyak ruang kepada pekerja untuk mengurus kewangan dengan lebih baik,”katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pay Day Now.

Platform itu menawarkan penyelesaian penggajian inovatif yang menyokong kesejahteraan kewangan pekerja menerusi kemudahan EWA, yang membolehkan kumpulan sasar mengakses sebahagian daripada gaji yang telah diperoleh lebih awal.

Inisiatif dengan kerjasama antara AmBank dan Ramssol Group Berhad (Ramssol) menawarkan pihak majikan untuk memberi akses kepada pekerja sehingga 25 peratus gaji bulanan.

“Langkah itu berupaya membantu pekerja untuk mengurus keperluan aliran tunai jangka pendek, mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman berkos tinggi, selain menggalakkan amalan kewangan yang lebih mampan

“Penyelesaian yang ditawarkan kepada pelbagai organisasi termasuk agensi sektor awam, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), syarikat korporat serta syarikat tersenarai awam dalam usaha memperkukuh kesejahteraan pekerja dan memodenkan sistem penggajian,”katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.