
Sallehuddin, Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff dan anakanda baginda Tunku Zara Bahiyah Tengku Sarafudin Badlishah berkenaan berangkat menziarahi adik Aulia Sofea Ahmad Syafiq, 3 tahun di Bertam
BERTAM, 18 Julai – Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin berkenaan berangkat menziarahi adik Aulia Sofea Ahmad Syafiq, 3 tahun.
- Aulia Sofea satu-satunya mangsa yang terselamat, kehilangan kedua ibu bapa dan ahli keluarga dalam kemalangan jalan raya.
- Kini dalam jagaan ibu saudara di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang; akan menjalani rawatan lanjut di Hospital Sultanah Bahiyah.
- Baginda berdua menyumbang keperluan asas dan membuka akaun SSPN bagi pendidikan Aulia serta menyeru kerjasama masyarakat menjaga kebajikan.
Aulia Sofea satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kejadian kemalangan yang meragut kedua-dua ibu bapa dan ahli keluarganya dalam kemalangan jalan raya di Sungai Petani pada Jun lalu.
Aulia Sofea kini berada dalam jagaan ibu saudaranya Siti Nur Atikah Ahmad Syukri di Bertam, kepala Batas, Pulau Pinang.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih dan amat terharu atas kesudian Tuanku berkenan mencemar duli menziarahi kediaman kami.
“Tuanku dan anakanda baginda juga berkenan menyumbang kepada tabung Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kepada tabung yang sama,” katanya ketika ditemui RTM di kediamannya di sini.
Aulia Sofea akan mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 26 julai ini berkaitan kecederaan yang dialami melibatkan bahagian kepala, mata kanan dan kecederaan pada kedua-dua belah kaki.
Turut berangkat kediaman keluarga adik Aulia di Bertam, Pulau Pinang ialah Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff dan anakanda baginda Tunku Zara Bahiyah Tengku Sarafudin Badlishah.
Baginda berdua turut menyampaikan sumbangan keperluan asas bagi membantu adik Aulia Sofea.
Selain itu, Tengku Sarafuddin Badlishah turut membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional SSPN sebagai persediaan demi masa depan pendidikan Aulia Sofea.
Baginda berharap agar semua pihak memainkan peranan dalam memastikan kebajikan dan pendidikan Aulia Sofea sentiasa terbela, di samping menggalakkan semangat kerjasama masyarakat dalam membantu golongan yang memerlukan.
Baginda berdua turut mendoakan agar Aulia Sofea serta keluarga yang menjaganya dikurniakan kekuatan, kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.