
KUALA LUMPUR, 15 Julai – Usul memindahkan baki terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) berjumlah RM14.5 bilion ke Kumpulan Wang Pembangunan (KWP), diluluskan Dewan Rakyat.
- Dana Jan-Mei 2026 akan digunakan membiayai sebahagian perbelanjaan pembangunan negara.
- Pindahan dilaksanakan selaras dengan Subseksyen 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983.
- Terimaan MGII hanya boleh dipindahkan ke KWP selepas mendapat kelulusan Dewan Rakyat menerusi resolusi.
- Sumber KWP termasuk pindahan Akaun Hasil Disatukan, Akaun Pinjaman Disatukan, terimaan balik pinjaman serta hasil sekuriti dan pinjaman luar negeri.
Dana bagi tempoh Januari hingga Mei 2026 itu akan digunakan untuk membiayai sebahagian perbelanjaan pembangunan negara.
Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong berkata pindahan itu dibuat selaras dengan Subseksyen 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983.
Menurut beliau, terimaan daripada MGII hanya boleh dipindahkan ke KWP selepas mendapat kelulusan Dewan Rakyat menerusi satu resolusi.
Liew berkata sumber dana KWP turut diperoleh daripada pindahan Akaun Hasil Disatukan, Akaun Pinjaman Disatukan, terimaan balik pinjaman dan pelbagai terimaan pembangunan.
“Secara umumnya, pindahan daripada Akaun Pinjaman Disatukan ke Kumpulan Wang Pembangunan terdiri daripada hasil terbitan Sekuriti Kerajaan Malaysia, Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia, Bil Perbendaharaan serta pinjaman luar negeri,” katanya ketika menggulung perbahasan usul itu di Dewan Rakyat.