
KUALA LUMPUR, 13 Julai – Dewan Rakyat dengan suara majoriti meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2026.
- Pindaan memperkukuh ekosistem keterjaminan makanan negara dan memperkasa kuasa kawal selia industri.
- Seksyen 22 dinaikkan kadar penalti: denda individu sehingga RM250,000; syarikat sehingga RM1 juta.
- Kadar denda sedia ada dianggap sangat rendah dan tidak pernah disemak sejak penggubalan akta.
- Data rasmi menunjukkan nilai rampasan penyelewengan dan penyeludupan beras tempatan tinggi, hukuman sebelum ini tidak setimpal.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin memaklumkan ke pengetahuan dewan, RUU berkenaan bertujuan memperkukuh ekosistem keterjaminan makanan negara serta memperkasa kuasa kawal selia industri.
“Antara pindaan utama adalah kepada Seksyen 22 Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) yang menaikkan kadar penalti am kepada denda tidak melebihi RM250,000 bagi individu, manakala syarikat atau pertubuhan perbadanan boleh didenda sehingga RM1 juta.
“Kadar denda yang dikenakan ketika ini didapati amat rendah dan pindaan kadar berkenaan diperlukan memandangkan penalti sedia ada tidak pernah disemak sejak akta berkenaan, digubal,”katanya ketika menggulung perbahasan.
Jelasnya, berdasarkan data rasmi pihak berkuasa, nilai rampasan bagi kes penyelewengan dan penyeludupan beras putih tempatan adalah sangat tinggi, namun hukuman sebelum ini tidak setimpal berikutan had penalti yang rendah.
“Pindaan juga berperanan sebagai perlindungan bertujuan memastikan kelestarian ekonomi pesawah daripada sebarang bentuk manipulasi pasaran,”akuinya.