OPA boleh dilaksanakan tanpa tunggu permintaan negeri – Zahid

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Pengurusan Bencana Negara di Kuching, Sarawak – Foto RTM

KUCHING, 16 September– Operasi Pembenihan Awan (OPA) boleh dilaksanakan tanpa perlu menunggu permintaan daripada kerajaan negeri.

RINGKASAN BERITA AI
  • OPA boleh dilaksanakan tanpa menunggu permintaan negeri.
  • NADMA akan melaksanakan OPA berdasarkan nasihat pakar METMalaysia tentang keadaan awan dan angin.
  • Pelaksanaan diselaraskan NADMA, METMalaysia dan TUDM. OPA penting tingkatkan kuantiti air empangan berdepan risiko El Nino.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah proaktif tersebut boleh dilaksanakan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berdasarkan nasihat profesional berkaitan keadaan awan dan angin.

Menurut beliau, pelaksanaan OPA akan diselaraskan NADMA bersama Jabatan Meteorologi Malaysia(METMalaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Kerajaan mengambil pendirian supaya pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) tidak hanya menunggu permintaan, sebaliknya dilaksanakan berdasarkan nasihat pakar Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), khususnya berkaitan luruan angin dan awan yang membawa hujan ke sesuatu lokasi.

Jelas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid, pelaksanaan OPA penting bagi meningkatkan kuantiti air di empangan dan loji tadahan, terutama ketika berdepan risiko fenomena Super El Nino tidak lama lagi.

“OPA penting bagi meningkatkan kuantiti air di empangan dan loji tadahan, terutama ketika negara berdepan risiko fenomena Super El-Nino, ” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Pengurusan Bencana Negara di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.