Selangor teliti langkah susulan tangani jerebu

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari bercakap pada sidang media sempena Majlis Perasmian Festival Buku Islami 2026 di Masjid Putra, Putrajaya – Foto Bernama

PUTRAJAYA, 16 September – Kerajaan negeri Selangor meneliti langkah susulan bagi menangani isu keadaan jerebu yang kembali serius.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan negeri meneliti langkah susulan dan akan membincangkannya secara terperinci dalam mesyuarat EXCO Jumaat ini.
  • Keadaan jerebu yang sempat reda kembali bertambah buruk; perkembangan semasa akan dipantau.
  • Kerajaan akan mendapatkan maklumat daripada Jabatan Kesihatan dan agensi, serta membantu sekolah dan mengehadkan aktiviti luar.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara itu akan dibincangkan secara terperinci pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang dijadualkan berlangsung Jumaat ini berdasarkan laporan daripada semua pihak berkaitan.

“Kita akan melihat perkembangan semasa dan membincangkan dengan teliti langkah susulan dalam mesyuarat EXCO Jumaat ini.

“Keadaan jerebu yang sebelum ini agak reda pada Ahad kembali bertambah buruk, terutama semalam dan hari ini, ” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Festival Buku Islami 2026 di Masjid Putra di sini bersempena dengan Festival Turath Islami Malaysia.

Menurut Datuk Seri Amirudin, kerajaan negeri juga perlu mendapatkan maklumat daripada Jabatan Kesihatan Negeri dan agensi berkaitan bagi menentukan langkah yang sewajarnya.

“Langkah itu termasuk membantu pihak sekolah serta mengehadkan aktiviti luar bagi mengurangkan pendedahan murid kepada jerebu, ” kata beliau.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.