Agensi pembiayaan usahawan perlu lebih giat turun padang – Sim

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim – Foto fail RTM

BAU, 16 September – Agensi pembiayaan dan pembangunan usahawan diminta supaya lebih giat turun padang bagi mengenal pasti peniaga kecil dan usahawan luar bandar yang memerlukan bantuan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Agensi pembiayaan perlu giat turun padang dan jalankan program outreach untuk mendekati peniaga kecil serta usahawan luar bandar.
  • Cari usahawan yang memerlukan bantuan, jangan hanya menunggu mereka tampil mendapatkan sokongan.
  • Salurkan bukan sahaja pembiayaan tetapi juga pembangunan kapasiti dan akses pasaran sesuai dengan keperluan mereka.
  • Fokuskan bantuan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana supaya dapat berkembang dan mendapat sokongan menyeluruh.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim berkata, agensi seperti TEKUN Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), SME Bank, Bank Rakyat dan SME Corp perlu melaksanakan pendekatan ‘outreach‘ atau jerayawara bagi mendekati golongan berkenaan.

“Usahawan (yang memerlukan) harus dicari dan tidak hanya menunggu mereka tampil mendapatkan bantuan.

“(Sebab itu), pendekatan turun padang menerusi program ‘outreach‘ dan ‘roadshow‘ perlu dipergiat bagi mengenal pasti peniaga kecil serta usahawan kampung yang memerlukan bantuan. Seterusnya, menyalurkan sokongan yang bersesuaian kepada mereka, ” katanya.

Sim berkata, pendekatan seumpama itu penting bagi memastikan usahawan bukan sahaja mendapat akses kepada pembiayaan, malah bantuan pembangunan kapasiti dan pasaran.

Fokus berkenaan turut meliputi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bagi memastikan golongan tersebut mendapat sokongan untuk mengembangkan perniagaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan rasmi ke tapak Tamu Desa di Parlimen Mas Gading, di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.