Hari Malaysia perkukuh ikatan rakyat, tiada pihak terpinggir

Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 16 September – Sambutan Hari Malaysia perlu dijadikan iltizam yang sentiasa diperbaharui bagi memperkukuh ikatan antara rakyat dan pemerintah serta wilayah dengan Persekutuan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perkukuh ikatan antara wilayah, rakyat dan kerajaan supaya tiada wilayah terpinggir, kaum terasing atau rakyat tercicir daripada kemajuan.
  • Akui wujud cabaran seperti isu kaum dimanipulasi, jurang wilayah melebar dan perbezaan digunakan sebagai tembok pemisah.
  • "Laut boleh memisahkan kita, tapi tidak cita-cita dan harapan kenegaraan."
  • Pembangunan dan kemajuan harus dinikmati secara inklusif oleh seluruh rakyat berteraskan prinsip kesetiaan dan keadilan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ikatan berkenaan perlu terus diperkasa bagi memastikan tiada wilayah dianggap terpinggir, tiada kaum berasa terasing dan tiada rakyat tercicir daripada arus kemajuan.

Menerusi hantaran di Facebook rasminya, beliau mengakui perjalanan negara tidak terlepas daripada cabaran apabila isu kaum diperalatkan, jurang wilayah dibiarkan melebar dan perbezaan dijadikan tembok pemisah.

“Laut boleh memisahkan kita, tapi tidak cita-cita dan harapan kenegaraan,” katanya.

Beliau menegaskan pembangunan dan kemajuan negara harus dinikmati secara inklusif oleh seluruh rakyat berteraskan prinsip kesetiaan dan keadilan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.