
LOS ANGELES, 13 Julai – Ketua jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente, menyifatkan pertemuan menentang Perancis pada separuh akhir Piala Dunia seolah-olah seperti perlawanan akhir Piala Dunia 2026.
- De la Fuente anggap pertemuan itu mempertemukan dua pasukan terbaik, dan yakin Sepanyol mampu menewaskan mana-mana lawan.
- Keyakinan bertambah selepas Sepanyol tewaskan Belgium 2-1 menerusi jaringan kemenangan Mikel Merino pada minit ke-88.
- Walau menghormati kekuatan Perancis dan Mbappé, de la Fuente percaya rekod lalu beri kelebihan psikologi kepada Sepanyol.
Beliau berkata, aksi itu bakal menemukan dua pasukan terbaik kejohanan dan percaya skuad kendaliannya mempunyai kemampuan untuk menewaskan mana-mana lawan.
Pasukan itu termasuk Perancis yang merupakan pilihan utama dijangka menjuarai Piala Dunia.
Keyakinan itu hadir selepas Sepanyol menewaskan Belgium 2-1 pada aksi suku akhir hasil jaringan kemenangan Mikel Merino pada minit ke-88.
“Tidaklah keterlaluan jika saya katakan perlawanan ini ibarat final sebelum final. Kami mampu mara ke final dan kini fokus sepenuhnya kepada Perancis,” katanya.
De la Fuente mengakui Perancis memiliki kekuatan tersendiri, termasuk penyerang berbisa, Kylian Mbappe, namun yakin rekod lalu memberi kelebihan psikologi kepada anak buahnya.
Menurut beliau, Sepanyol pernah menewaskan Perancis di separuh akhir Euro 2024 dan Liga Negara-Negara UEFA 2025.
“Kami menghormati Perancis, tetapi kami percaya mampu menewaskan mana-mana pasukan. Perlawanan ini pasti lebih terbuka dan kami perlu meningkatkan tahap permainan,” katanya.
Sepanyol dijadual bertemu Perancis bagi merebut tiket ke pentas final dalam aksi yang dijangka menjadi antara perlawanan paling sengit pada kejohanan kali ini. -AFP