Lorong di Kolkata dipenuhi mural Piala Dunia 2026

Mural FIFA 2026 di lorong kawasan Fariapukur menjadi tumpuan orang ramai

KOLKATA, 13 Julai – Demam Piala Dunia FIFA 2026 turut dirasai di Kolkata, India apabila sebuah lorong di bandar itu dihiasi dengan mural berwarna-warni, bendera negara bertanding dan potret bintang bola sepak dunia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lukisan pemain terkenal seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo menarik tumpuan peminat serta pengunjung.
  • Penduduk bermain bola sepak, bergambar dan menikmati karya seni hasil kerja sukarelawan dan pelajar seni.
  • Projek itu dipaparkan di media sosial rasmi FIFA dan menjadi destinasi popular untuk swafoto peminat.

Lorong di kawasan Fariapukur itu menjadi tumpuan orang ramai apabila dindingnya dipenuhi lukisan pemain terkenal seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, selain hiasan bertemakan bola sepak yang menarik perhatian peminat serta pengunjung.

Penduduk setempat turut dilihat bermain bola sepak di lorong berkenaan, bergambar dan menikmati hasil seni yang dihasilkan khas sempena kejohanan berprestij itu.

Menurut penganjur, projek berkenaan diusahakan bersama sukarelawan dan pelajar seni yang mengambil masa beberapa minggu untuk disiapkan.

“Kami menghiasi lorong ini sempena Piala Dunia 2026 dan melakukan yang terbaik untuk mencipta suasana yang dapat dinikmati semua pencinta bola sepak,” katanya.

Seorang peminat, yang bergambar di hadapan mural Lionel Messi, berkata legenda Argentina itu menjadi inspirasi sehingga mendorongnya bermain bola sepak.

“Lionel Messi sangat bermakna buat saya. Disebabkan beliau saya mula bermain bola sepak. Kemahirannya di atas padang benar-benar mengagumkan,” katanya.

Menurut penganjur, inisiatif itu turut mendapat perhatian di peringkat antarabangsa selepas dipaparkan menerusi media sosial rasmi FIFA.

Lorong itu juga menjadi destinasi popular dalam kalangan peminat bola sepak dan pemburu swafoto. – VIORY