Kerjasama PETROS-PETRONAS perkukuh hak dan kepentingan Sarawak

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Sambutan Hari Malaysia 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) – Foto RTM

KUCHING, 16 September – Kerajaan Persekutuan komited mempertahankan hak dan kepentingan Sarawak dalam industri minyak dan gas menerusi kerjasama strategik antara Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan komited mempertahankan hak dan kepentingan Sarawak melalui kerjasama strategik PETROS dan PETRONAS.
  • PETRONAS akan diperkasa sebagai syarikat nasional dan antarabangsa sambil membimbing PETROS.
  • Petros diperkuatkan keupayaannya sebagai syarikat milik bersama untuk memberi ruang dan peluang kepada rakyat Sarawak.
  • Perjanjian komersial antara PETRONAS dan PETROS perlu disegerakan dan diutamakan bagi menyelesaikan isu berbangkit.

Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Sambutan Hari Malaysia 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.

Menurut beliau, kerajaan mahu memastikan PETRONAS terus diperkasa sebagai syarikat nasional dan antarabangsa, dalam masa sama, membimbing dan memperkukuh keupayaan Petros sebagai syarikat milik bersama.

“Penubuhan Petronas sebagai syarikat gergasi bertaraf nasional dan antarabangsa pada awalnya dilihat sebagai badan yang mewakili kepentingan seluruh negara bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974.

“Tetapi, perkembangan semasa menyaksikan keupayaan Sarawak semakin meningkat, sekali gus mendorong penubuhan Petros bagi memberi ruang dan peluang kepada rakyat negeri itu, ” katanya.

Datuk Seri Anwar berkata, beliau dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah bersetuju untuk memuktamadkan prinsip-prinsip asas bagi mempermudahkan rundingan antara PETRONAS dengan PETROS.

Sehubungan itu, katanya perjanjian komersial antara PETRONAS dan PETROS perlu disegerakan dan diutamakan bagi memastikan isu berbangkit dapat diselesaikan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.