
KUALA LUMPUR, 11 Julai – Barisan Nasional (BN) telah memenangi sejumlah 29 kerusi daripada 56 kerusi pada bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor ke-16.
RINGKASAN BERITA AI
- Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun mengumumkan keputusan berkenaan.
- BN memperolehi majoriti mudah, melebihi 50 peratus daripada kerusi dipertandingkan.
- Keputusan dirumus berdasarkan undian sehingga pukul 10.32 malam.
- PRU Dewan Negeri Johor ke-16 berjalan dengan baik dan lancar, kata beliau.
Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata keputusan itu menunjukkan BN memperolehi majoriti mudah.
“Bagi keseluruhan pengundian sehingga pukul 10.32 malam, BN telah memenangi sejumlah 29 kerusi daripada 56 kerusi yang diperuntukkan.
“Dengan ini telah berjaya memperolehi suatu majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di sini hari ini.
Datuk Seri Ramlan turut memaklumkan bahawa PRU Dewan Negeri Johor ke-16 berjalan dengan baik dan lancar.