PH pertahan Stulang dengan majoriti 623 undi

Facebook Andrew Chen Kah Eng 曾笳恩

JOHOR BAHRU, 11 Julai- Calon Pakatan Harapan (PH), Andrew Chen Kah Eng berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 dengan majoriti 623 undi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengumuman keputusan dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Syed Norul Shahril Syed Nasir di Dewan Muafakat Kampung Bakar Batu, Johor Bahru.
  • Calon PH memperolehi 17,560 undi manakala calon BN mendapat 16,937 undi, menentukan kemenangan marginal.
  • Dua lagi calon masing-masing memperolehi 1,372 undi dan 1,238 undi.
  • Sebanyak 37,524 kertas undi direkodkan dengan peratusan keluar mengundi 62.51 peratus; 394 kertas ditolak dan 23 tidak dikembalikan.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Syed Norul Shahril Syed Nasir di Dewan Muafakat Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, malam ini.

Andrew memperoleh 17,560 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) yang mendapat 16,937 undi.

Dua lagi calon masing-masing memperoleh 1,372 undi dan 1,238 undi.

Sebanyak 37,524 kertas undi direkodkan bagi DUN Stulang dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 62.51 peratus.

Sebanyak 394 kertas undi ditolak manakala 23 kertas undi tidak dikembalikan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.