
MELAKA, 11 Julai – Jumlah penduduk terjejas banjir di Melaka terus meningkat kepada 767 orang daripada 250 keluarga setakat pukul 10.00 malam tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Lima Pusat Pemindahan Sementara kini beroperasi di negeri ini.
- Empat PPS di Melaka Tengah dan satu di Alor Gajah.
- PPS yang dibuka: SJKC Bertam Ulu, JAPERUN Pantai Kundor, SK Tanjung Minyak 2, SK Taman Bukit Rambai, PERKIM Masjid Tanah.
- Lebih 30 kawasan dilaporkan terjejas, termasuk Taman Rambai Jaya dan Kampung Bertam Ulu.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kini beroperasi, dengan empat di daerah Melaka Tengah dan satu di Alor Gajah.
Di Melaka Tengah, PPS yang dibuka ialah SJKC Bertam Ulu, JAPERUN Pantai Kundor, SK Tanjung Minyak 2 dan SK Taman Bukit Rambai.
Di Alor Gajah pula, penduduk terjejas ditempatkan di PPS PERKIM Masjid Tanah.
Lebih 30 kawasan dilaporkan terjejas banjir, antaranya Taman Rambai Jaya, Taman Rambai Utama, Kampung Bertam Ulu, Taman Bukit Beruang Utama, Taman Masjid Tanah Ria dan Kampung Seri Jeram, Masjid Tanah.