Warga emas disamun tiga lelaki di Dungun

Foto hiasan

DUNGUN, 11 Julai – Seorang wanita warga emas kerugian puluhan ribu ringgit selepas disamun tiga lelaki bersenjatakan parang di kedai runcit miliknya di Bandar Ketengah Jaya, di sini, pada Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Suspek bertopeng masuk secara tiba-tiba ketika mangsa berada di dalam premis.
  • Mangsa diikat sebelum barangan kemas, telefon bimbit dan wang tunai diambil.
  • Seorang suspek arah rakan ambil rantai, ugut jangan lawan atau menjerit dan sebut adanya golok.
  • Suspek melarikan diri dengan kenderaan kira-kira 60 meter dari kedai; polis sedang buru dan siasat mengikut Seksyen 395/397.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 tengah hari itu, mangsa, Maznah Yusof, 70 tahun, berada di dalam premis perniagaannya sebelum tiga lelaki memakai pelitup muka masuk secara tiba-tiba.

Suspek kemudian mengikat kedua-dua mangsa menggunakan sebelum mengambil barangan kemas, telefon bimbit dan wang tunai yang disimpan dalam premis.

“Salah seorang suspek mengarahkan rakannya untuk bertindak cepat, ambil rantai. Saya kata ambillah sebab dia ada golok.

“Dia kata jangan lawan dan jangan menjerit,” katanya.

Mangsa mendakwa ketiga-tiga suspek kemudian melarikan diri dengan sebuah kenderaan yang diletakkan kira-kira 60 meter dari kedainya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab Halim Nik Mat mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Beliau berkata kesemua suspek sedang giat diburu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.