Kebakaran hutan Sepanyol: 11 mangsa korban sah warga asing

Anggota bomba memadam kebakaran hutan yang meragut lebih 11 nyawa di Sepanyol/Foto AFP

MADRID, 10 Julai – 11 mangsa yang terkorban dalam kebakaran hutan di selatan Sepanyol dipercayai warga asing, termasuk empat yang dipercayai rakyat Britain.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa dipercayai warga asing; proses pengecaman identiti masih dijalankan.
  • Beberapa mangsa ditemukan rentung dalam sebuah kereta stereng sebelah kanan, memberi petunjuk kemungkinan warga Britain.
  • Mangsa lain dipercayai maut ketika cuba menyelamatkan diri berjalan merentasi kawasan berbukit sukar dilalui.
  • Api merebak pantas di Los Gallardos, menyebabkan beberapa cedera; pihak berkuasa meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca.

Menteri Kecemasan Andalusia, Antonio Sanz berkata, proses pengecaman identiti mangsa masih dijalankan, namun semua petunjuk setakat ini menunjukkan majoriti atau mungkin kesemua mangsa yang maut ialah warga asing.

Menurut beliau, empat mangsa ditemukan rentung di dalam sebuah kereta dengan stereng di sebelah kanan, sekali gus memberi petunjuk mereka berkemungkinan warga Britain.

Tujuh lagi mangsa dipercayai terkorban ketika cuba menyelamatkan diri dengan berjalan kaki merentasi kawasan berbukit yang sukar dilalui.

Kebakaran hutan yang tercetus pada Khamis itu turut mengakibatkan lapan lagi individu cedera selepas api merebak dengan pantas di kawasan Los Gallardos, wilayah Almeria.

Loas Gallardos merupakan destinasi pelancongan popular.

Pihak berkuasa masih meneruskan proses pengecaman identiti mangsa serta siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.