
PARIS, 9 Julai – Perancis menggesa penyokong bola sepaknya supaya berkelakuan baik ketika pasukan negara itu bersedia menentang juara Afrika, Maghribi, dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia, selepas beberapa perlawanan berprofil tinggi sebelum ini mencetuskan kekacauan.
- Keselamatan berada dalam keadaan berjaga-jaga di seluruh Perancis menjelang perlawanan Khamis bermula jam 10 malam waktu tempatan.
- Menteri Dalam Negeri Laurent Nunez menegaskan tiada toleransi terhadap sebarang salah laku.
- Pihak berkuasa menahan lebih 280 orang di Paris selepas kekacauan dan kerosakan susulan kemenangan PSG ke atas Arsenal.
Maghribi memperoleh kemerdekaan daripada Perancis pada 1956 dan mempunyai hubungan yang secara umumnya stabil dengan bekas kuasa penjajah itu, yang kini menjadi tempat tinggal kepada ratusan ribu rakyat Maghribi atau warga Perancis berketurunan Maghribi.
Beberapa anggota skuad kebangsaan Maghribi tahun ini dilahirkan di Perancis dan bermain untuk kelab-kelab Perancis.
Kapten pasukan, Achraf Hakimi, dilahirkan di Sepanyol tetapi beraksi untuk Paris Saint-Germain (PSG).
Sambutan kemenangan kebanyakannya berlangsung secara aman ketika Perancis menewaskan Maghribi pada separuh akhir Piala Dunia 2022.
Namun, pasukan keselamatan akan berada dalam keadaan berjaga-jaga di seluruh Perancis ketika perlawanan berlangsung pada Khamis bermula 10 malam waktu tempatan.
“Saya menyeru semua pihak supaya bertanggungjawab. Ia perlu kekal sebagai satu sambutan,” kata Menteri Sukan Marina Ferrari kepada penyiar France Info.
Menteri Dalam Negeri Laurent Nunez menegaskan bahawa tiada tolerasi terhadap sebarang salah laku.
Pihak berkuasa Perancis menahan lebih 280 orang di Paris susulan kekacauan dan kerosakan selepas PSG muncul juara menentang Arsenal dalam perlawanan akhir Liga Juara Eropah pada 30 Mei. – AFP