Kerajaan utamakan penyelesaian isu bekalan air, klinik uzur

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Grand Finale DUN Rengit bersempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16/Foto BERNAMA

BATU PAHAT, 10 Julai – Masalah bekalan air dan keadaan klinik kesihatan yang uzur di Kampung Bumiputera Dalam, Rengit dekat sini akan diberi keutamaan untuk diselesaikan oleh kerajaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan komited memenuhi keperluan asas rakyat, termasuk kawasan pedalaman dan kampung.
  • Rakyat hanya minta kemudahan asas: air, rumah, sekolah dan klinik, bukan gedung tinggi atau lebuh raya.
  • Perubahan perlu dilaksanakan supaya hak kecil seperti kemudahan asas tidak terus terabai.
  • Anwar menggesa rakyat memilih wakil yang menyuarakan masalah serta bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu kemudahan asas yang membelenggu penduduk tidak sepatutnya terus berlaku, khususnya di Johor yang merupakan antara negeri maju di negara ini.

Menurut beliau, kerajaan komited memastikan keperluan asas rakyat dipenuhi, termasuk di kawasan pedalaman dan kampung yang masih berdepan kekurangan kemudahan.

“Bagi rakyat, apa yang diminta ialah air, kemudahan asas, rumah, sekolah dan klinik. Mereka bukan minta gedung-gedung tinggi, bukan minta lebuh raya. Mereka hanya minta hak yang kecil-kecil ini. Sebab itu saya kata kita mesti lakukan perubahan.”

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Grand Finale DUN Rengit di Dewan Kampung Bumiputera Dalam, Rengit.

Pada masa sama, Datuk Seri Anwar menggesa rakyat supaya berani membawa perubahan dengan memilih wakil rakyat yang mampu menyuarakan masalah mereka serta menjalin kerjasama baik dengan Kerajaan Persekutuan demi mempercepat pembangunan kawasan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.