Haaland sedia gegar England

Erling Haaland pada sidang media menjelang aksi suku akhir Piala Dunia 2026/Foto AFP

MIAMI, 10 Julai – Penyerang Norway, Erling Haaland, bertekad meneruskan aksi cemerlang apabila mengetuai cabaran pasukannya menentang England pada suku akhir Piala Dunia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Haaland meledak tujuh gol dalam empat perlawanan, termasuk dua ketika menewaskan Brazil pada pusingan 16 terbaik.
  • Kejayaan Norway ke suku akhir melepasi jangkaan; berdepan England dianggap detik bersejarah selepas 28 tahun.
  • Haaland menganggap England antara pasukan pilihan untuk juara, meletakkan tekanan kepada The Three Lions menjelang pertemuan.

Pertemuan itu dianggap cukup istimewa buat Haaland yang dilahirkan di England ketika bapanya, Alfe-Inge Haaland, beraksi bersama Leeds United. Kini, beliau turut beraksi bersama kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City.

Haaland menjadi tonggak utama kejayaan Norway mara ke suku akhir selepas meledak tujuh gol dalam empat perlawanan, termasuk dua jaringan ketika menewaskan Brazil pada pusingan 16 terbaik.

Beliau mengakui kejayaan Norway melangkah ke suku akhir melepasi jangkaan, malah menyifatkan peluang berdepan England sebagai satu lagi detik bersejarah buat negaranya yang kembali beraksi di pentas Piala Dunia selepas 28 tahun.

Dalam masa sama, Haaland menganggap England antara pasukan pilihan untuk muncul juara, sekali gus meletakkan tekanan kepada skuad The Three Lions menjelang pertemuan itu.

Selain aksi cemerlang di atas padang, Haaland turut mencuri perhatian peminat di Amerika Syarikat apabila videonya berpakaian koboi selepas kemenangan ke atas Ivory Coast tular di media sosial.

Beliau turut memuji penganjuran Piala Dunia di Amerika Syarikat yang disifatkannya berlangsung dengan baik, termasuk kemudahan latihan, stadium dan sambutan penyokong.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.