Usaha perkukuh keselamatan negara perlu pendekatan whole-of-nation – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Bulan Keselamatan Negara 2026/Foto BERNAMA 

PUTRAJAYA, 9 Julai – Usaha memperkukuh keselamatan negara memerlukan pendekatan whole-of-nation yang melibatkan kerjasama menyeluruh antara kementerian, agensi kerajaan, sektor swasta dan rakyat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ancaman keselamatan moden tidak boleh ditangani dengan pendekatan tradisional atau tindakan berasingan oleh kementerian.
  • Keselamatan bukan sekadar isu rakyat; ia adalah tanggungjawab agensi dan negara secara kolektif.
  • Perubahan teknologi pantas menuntut penyelarasan sistem pendidikan dan perkhidmatan kerajaan untuk respons lebih bersepadu.
  • Budaya silo melambatkan tindakan; manfaatkan teknologi, kepakaran dan inovasi sektor awam serta swasta untuk memperkukuh keselamatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan ancaman keselamatan masa kini tidak lagi boleh ditangani melalui pendekatan tradisional atau secara berasingan mengikut bidang kuasa setiap kementerian.

“Keselamatan bukan sekadar masalah rakyat biasa, ia adalah masalah agensi, keselamatan dan keseluruhan. Kita mesti beralih daripada pendekatan dan fahaman lama kepada yang baharu,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Keselamatan Negara 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Jelasnya, perubahan teknologi yang berlaku pada kadar amat pantas menuntut seluruh ekosistem negara termasuk sistem pendidikan dan penyampaian kerajaan bergerak secara lebih bersepadu.

Beliau berkata budaya bekerja secara berasingan atau silo hanya akan melambatkan usaha kerajaan dalam menangani cabaran keselamatan baharu.

“Perubahan itu kepantasannya sangat luar biasa. Kalau kita ingin menyelamatkan negara dan mengangkat martabat negara, seluruh sistem, ekosistem dan pendidikan haruslah bersinergi.

“Pendekatan memisahkan jabatan atau silo menyukarkan kerjasama. Semua jabatan dan kementerian harus sedar bahawa kita menghadapi keadaan yang bukan lagi norma biasa,” katanya.

Datuk Seri Anwar memaklumkan, pendekatan keseluruhan negara itu juga penting bagi membolehkan keupayaan teknologi, kepakaran dan inovasi daripada sektor awam serta swasta dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperkukuh keselamatan negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.