Feri Satun-Kuala Perlis kembali beroperasi, kurangkan kesesakan sempadan

Foto RTM

KANGAR, 9 Julai -Pengoperasian semula perkhidmatan feri dari Satun, Thailand ke Kuala Perlis, Perlis berjaya mengurangkan kesesakan laluan sempadan darat khususnya di Padang Besar dan Wang Kelian.

RINGKASAN BERITA AI
  • Usaha meningkatkan kedatangan pelancong serta merancakkan ekonomi setempat di Perlis.
  • Kerajaan negeri berusaha menghidupkan semula perkhidmatan roro Kuala Perlis-Satun dan Satun-Kuala Perlis.
  • Projek dirangka untuk mengembangkan sektor pelancongan dan infrastruktur pengangkutan berhampiran Kuala Perlis dan Santun.
  • Majlis Kunjung Hormat Delegasi Satun di Jeti Kuala Perlis disertai Timbalan Gabenor Nopporn Nupech.

Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata, usaha tersebut sekali gus dapat meningkatkan kedatangan jumlah pelancong, serta merancakkan ekonomi setempat.

“Pada masa akan datang, kerajaan negeri sedang berusaha menghidupkan semula perkhidmatan roro bagi Kuala Perlis – Satun, dan Satun – Kuala Perlis.

“Ini salah satu projek sedang kita rangka supaya ada sektor pelancongan dan infrastruktur pengangkutan yang berhampiran dengan Kuala Perlis dan Santun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Kunjung Hormat Delegasi Satun ke Jeti Kuala Perlis, bersempena pembukaan semula sempadan Kuala Perlis di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut, Abu Bakar turut menyambut ketibaan delegasi Satun yang diketuai oleh Timbalan Gabenor Satun, Nopporn Nupech.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.