
PUTRAJAYA, 9 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pendekatan penglibatan yang berkesan, sebagai langkah terbaik bagi mencari penyelesaian dalam konflik berpanjangan di Myanmar.
- Rakyat Myanmar mesti diberi ruang menentukan hala tuju dan masa depan negara mereka.
- Thailand sebagai sahabat dan jiran penting boleh memainkan peranan signifikan dalam usaha penyelesaian.
- Penghargaan kepada Menteri Luar atas inisiatif menjemput semua Menteri Luar ASEAN untuk perbincangan lanjut.
- ASEAN perlu meneruskan diplomasi dan perbincangan bagi memastikan keamanan serta kestabilan serantau terus terpelihara.
Proses penyelesaian itu katanya, perlu turut memberi ruang kepada rakyat Myanmar untuk menentukan hala tuju dan masa depan negara mereka.
“Thailand sebagai sahabat dan jiran penting, serta boleh memainkan peranan yang amat signifikan.
“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Luar kerana mengambil inisiatif menjemput semua Menteri Luar ASEAN bagi membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut serta mendengar pandangan pelbagai pihak termasuk Menteri Luar Myanmar yang baharu,” katanya.
Tambah Datuk Seri Anwar, peranan yang dibawa Thailand tersebut berupaya mewujudkan ruang dialog serta menyumbang kepada usaha keamanan dan kestabilan serantau.
Sementara itu, beliau turut menegaskan kepentingan peranan ASEAN dalam menangani isu berkenaan, termasuk meneruskan pendekatan diplomasi dan perbincangan
bagi memastikan keamanan serta kestabilan serantau terus dipelihara.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama bersempena lawatan rasmi Perdana Menteri Thailand ke Malaysia di Bangunan Perdana Putra, hari ini.