
HONG KONG, 5 November – Aktivis pro-demokrasi Hong Kong, Joshua Wong dijatuhi hukuman penjara 10 tahun lagi atas pertuduhan melakukan pakatan sulit dengan kuasa asing.
- Kali kedua dikenakan hukuman di bawah Undang-Undang Keselamatan Negara.
- Hukuman terbaru menjadikan dia hanya akan dibebaskan pada tahun 2036.
- Reaksi antarabangsa: Konsulat AS kritis, Human Rights Watch kecam dan desak sekatan ke atas pegawai terlibat.
Ini merupakan kali kedua dia dikenakan hukuman di bawah Undang-Undang Keselamatan Negara di wilayah berkenaan.
Hukuman terbaharu itu menjadikan dia hanya akan dibebaskan pada tahun 2036.
Wong, 30, menerusi protes “Gerakan Payung” pada tahun 2014 telah dihukum penjara hampir enam tahun.
Konsulat Amerika Syarikat (AS) di Hong Kong menyatakan hukuman tersebut menunjukkan keseriusan Beijing membendung pihak yang memperjuangkan kebebasan asas di wilayah China berkenaan.
Bagaimanapun, China menegaskan tindakan itu membuktikan keselamatan negara perlu dipertahankan mengikut undang-undang serta membanteras tindakan yang mengancam keselamatan negara.
Sementara itu, pertubuhan Human Rights Watch menyifatkan hukuman tersebut sebagai kejam dan tidak adil serta mendesak kerajaan luar untuk mengenakan sekatan sasaran ke atas pegawai yang bertanggungjawab terhadap penindasan yang semakin meningkat di Hong Kong.
Wong mula mendapat perhatian meluas semasa protes 2014 dan sering keluar masuk penjara sejak 2017.
Pihak berkuasa menyatakan Wong mula melakukan aktiviti lobi antarabangsa seawal tahun 2016, apabila beliau mempromosikan rang undang-undang yang membolehkan Presiden AS mengenakan sekatan terhadap pencabulan hak asasi di wilayah itu.- AFP