Serangan dron Ukraine lumpuhkan operasi kilang minyak terbesar Rusia

Kilang penapisan minyak Omsk diserang dron Ukraine/ REUTERS

OMSK, 8 Julai – Kilang penapisan minyak Omsk, di sini yang merupakan terbesar di Rusia, menghentikan operasi selepas diserang dron Ukraine pada Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serangan dilancarkan di lokasi pedalaman Siberia dan antara serangan jarak jauh paling jauh dilancarkan Ukraine sejak permulaan konflik.
  • Serangan itu dijangka memburukkan lagi isu kekurangan bahan api di seluruh Rusia.
  • Wujud kerosakan pada kemudahan kilang, namun tiada kakitangan dilaporkan cedera menurut wakil wilayah Siberia.
  • Kilang penapisan itu antara kemudahan tenaga terbesar Rusia dan memainkan peranan penting dalam pengeluaran bahan api negara.

Menurut dua sumber industri pada Selasa, serangan itu, yang berlaku di lokasi pedalaman Siberia, merupakan antara serangan jarak jauh paling jauh dilancarkan Ukraine sejak konflik berkenaan tercetus dan kini memasuki tahun kelima.

Penghentian operasi di kilang yang menjadi pengeluar petrol utama Rusia itu dijangka memburukkan lagi isu kekurangan bahan api di seluruh negara.

“Wujud kerosakan pada kemudahan di kilang penapisan minyak Omsk susulan serangan (Isnin). Tiada kakitangan kilang yang cedera,” kata wakil Presiden Rusia Vladimir Putin bagi wilayah Siberia, Anatoly Seryshev.

Kilang penapisan minyak Omsk yang terletak di wilayah Siberia itu merupakan antara kemudahan tenaga terbesar Rusia dan memainkan peranan penting dalam pengeluaran bahan api negara berkenaan.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.