Malaysia cipta sejarah, jadi tuan rumah Kongres Penerbit Antarabangsa Pertama

Sheikh Faisal Sheikh Mansor

KUALA LUMPUR, 6 Julai Malaysia melakar sejarah apabila buat pertama kali dipilih sebagai tuan rumah Kongres Penerbit Antarabangsa Ke-35 (IPA Congress 2026), sekali gus membuktikan pengiktirafan dunia terhadap kematangan dan daya saing industri penerbitan negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Memperkukuh jaringan antarabangsa, kembangkan perdagangan hak penerbitan dan pasarkan kandungan tempatan ke peringkat global.
  • Mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab penerbitan serantau dan pemangkin pengantarabangsaan industri buku negara.
  • Menjadi platform berpengaruh untuk kerjasama strategik, menarik pelaburan baharu serta membincangkan AI, penerbitan digital, hak cipta dan kelestarian.

Presiden Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA), Sheikh Faisal Sheikh Mansor, berkata kejayaan membawa kongres berprestij itu ke Malaysia membuka peluang besar kepada industri penerbitan tempatan untuk memperkukuh jaringan antarabangsa, mengembangkan perdagangan hak penerbitan serta memasarkan kandungan tempatan ke peringkat global.

“Penganjuran kongres itu turut mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab penerbitan dan perdagangan hak cipta yang semakin penting di rantau Asia Tenggara, selain menjadi pemangkin kepada pengantarabangsaan industri buku negara.

“Platform berprestij ini dapat membuka lebih banyak peluang kerjasama strategik, menarik pelaburan baharu dan memperluas pasaran kandungan kreatif Malaysia ke persada antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ketika berucap pada Majlis Pembukaan IPA Congress 2026 di ibu negara hari ini.

Kongres yang berlangsung dari 5 hingga 9 Julai itu bukan sekadar persidangan, sebaliknya merupakan platform paling berpengaruh yang menghimpunkan penerbit dan pemain industri buku dari seluruh dunia bagi mencorakkan masa depan penerbitan.

Lebih 500 delegasi termasuk penerbit, penulis, pakar hak cipta, pembuat dasar dan peneraju teknologi dari pelbagai negara menghadiri kongres berkenaan yang memberi penekanan kepada kecerdasan buatan (AI), penerbitan digital, perdagangan hak cipta, kelestarian serta kerjasama antarabangsa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.