
BRISBANE, 5 Julai- Pemain muda skuad ragbi bawah 20 tahun (B20) Sepanyol, Mateo Aragon digantung tujuh perlawanan oleh World Rugby selepas didapati melakukan kenyataan berunsur perkauman terhadap pemain Perancis, Luka Keletaona dalam aksi Piala Dunia Ragbi (B20) di Kutaisi, Georgia pada Khamis.
- Panel disiplin bebas World Rugby meneliti semua bukti tetapi tidak mengenakan hukuman maksimum 12 perlawanan.
- Insiden berlaku semasa Sepanyol tewas 32-57 kepada Perancis; pasukan kejurulatihan Perancis mengemukakan aduan terhadap kenyataan kepada pemain fly-half.
- Tertuduh diberi 48 jam untuk mengemukakan rayuan; Persekutuan Ragbi Sepanyol menafikan dakwaan, menyatakan kenyataan itu balasan kepada provokasi.
World Rugby memaklumkan keputusan itu dibuat oleh panel disiplin bebas selepas meneliti semua bukti daripada kedua-dua pasukan, namun tidak mengenakan hukuman maksimum 12 perlawanan.
Insiden berlaku ketika Sepanyol tewas 32-57 kepada Perancis dengan aduan dikemukakan oleh barisan kejurulatihan Les Bleus terhadap kenyataan yang didakwa ditujukan kepada pemain fly-half, Keletaona.
Aragon mempunyai tempoh 48 jam untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut.
Persekutuan Ragbi Sepanyol bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menyatakan pemain berkenaan mendakwa kenyataan yang dikeluarkan hanya respons terhadap provokasi awal. -AFP