
KUALA LUMPUR, 5 Julai– Penantian 19 tahun Malaysia untuk muncul juara acara beregu campuran pada Kejohanan Badminton Remaja Asia berakhir hari ini.
- Ahmad Redzuan Zulwaqqarizal dan Low Zi Yu melakar sejarah juara di Yatsushiro, Jepun.
- Mereka menewaskan Zheng Wei Gang dan Li Meng Han 21-15, 22-20 dalam aksi final 43 minit.
- Ahmad Redzuan dan Low menguasai set pertama serta menahan kebangkitan lawan pada penghujung set kedua.
- Mereka pasangan beregu campuran remaja Malaysia pertama menang kejohanan itu sejak Tan Wee Kiong dan Woon Khe Wei pada 2007.
Gandingan Ahmad Redzuan Zulwaqqarizal dan Low Zi Yu melakar sejarah apabila muncul juara di Yatsushiro, Jepun.
Pasangan pilihan kedua negara itu menewaskan gandingan China, Zheng Wei Gang dan Li Meng Han 21-15, 22-20 dalam aksi final yang berlangsung selama 43 minit di Gimnasium Umum Bandar Yatsushiro.
Ahmad Redzuan dan Low menguasai set pertama sebelum menahan kebangkitan lawan pada penghujung set kedua untuk memastikan kemenangan straight set.
Kejayaan itu menyaksikan mereka muncul pasangan beregu campuran remaja Malaysia pertama menjuarai kejohanan berkenaan sejak Tan Wee Kiong dan Woon Khe Wei melakukannya pada 2007.
Kemenangan itu juga merupakan yang pertama buat pasangan negara ke atas gandingan China berkenaan dalam pertemuan sulung mereka.